Part 1 : Dah ke Padang?


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Sebenarnya sis dah balik dari Padang ni dekat sebulan dah. Tapi baru je nak update blog ni hehe. Opss, sis pergi Padang Indonesia ya. Bukan padang bola mahupun padang-padang di mana mana ahahah. Trip kali ni sebenarnya dianjurkan oleh teman-teman wisata di Padang Indonesia. Mereka adalah daripada Asosiasi Pelaku Pariwisata Indonesia ataupun nama singkatnya ASPPI. Trip kali ni yang dinamakan Padang Marine Fam Trip telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula 28 hingga 30 November 2018. Kalau nak tahu, ramai media dan bloggers di samping travel agent macam sis yang join trip ni. Dan seperti biasa, kami dijemput kesini bagi memberi peluang merasai keindahan Ranah Minang ini dan seterusnya membantu mepertingkatkan kesedaran lebih ramai pelancong untuk datang dan melancong kesini.

Perjalanan dimulakan dengan menaiki shuttle bus dari Paradigm Mall ke KLIA 2. Flight sis dari Kuala Lumpur ke Padang adalah pada pukul 11.10 pagi, jadi sis ambil shuttle bus seawal pukul 7.00 pagi. Jadi ada lah masa untuk explore KLIA 2 tu. Oh ya, lupa sis nak bagitau. Sebenarnya, perjalanan sis ke Padang ni adalah kali pertama sis bergerak sendiri secara solo. Sendiri naik shuttle bus ke airport, sendiri naik flight, segala-galanya sendiri. Banyak yang sis belajar dari trip kali ni. Sebelum ni sis tak tahu pun macam mana nak check in baggage kat airport, steps yang perlu dibuat apabila sampai je di airport dan sebagainya. Maklumlah, sebelum ni travel beramai-ramai, jadi serba sedikit sis dibantu oleh orang sekeliling. Tapi trip kali ni special, semua sis hadap sendiri. Tak tahu, bertanya. Tak tanya, memang sesat la kau sorang-sorang kat situ. Hee.


#cottoncandy

Touch down je Minangkabau International Airport, kami disambut oleh teman-teman dari ASPPI. Airport nya kecik comel je macam sis #ehh . Masa lalu kaunter imigresen, pegawai tu tanya, "Berapa harini menginap disini?". Sis kata lah, "Cuman 3 hari, pak." Lalu ditanyain sama bapak itu, "Kenapa cuma 3 hari, nggak lama-lama disini?". Hahahahahaha bapakkk, aku ini lagi kerja ya pak. Nggak bisa lama-lama disini. Hahahahaha. Sis terharu dengan keramahan beliau :)


Daripada Minangkabau International Aiport, kami dibawa untuk makan tengahari di Rumah Makan Muaro Baru di Pasir Jambak. Buat pengetahuan semua, di Padang ni, restoran atau warung dipanggil Rumah Makan ya. Kalau tengokkan lauk pauk nya memenuhi segenap meja makan kami. Sepanjang-panjang meja, semua untuk disaji pada kami para tamu. Dan satu lagi adat disini, hanya apabila orang-orang tua sudah mulai makan, baru yang muda ikut mulai makan. Lebih beradab katanya.


Lauk pauk yang dihidangkan kebanyakannya seafoods seperti ikan dan udang. Disebabkan lokasi Rumah Makan ini ditepi laut, jadi lebih mudah untuk mendapat sumber makanan laut disini. Dan ternyata, lauk pauk seafoods disini lebih fresh dan manis tau !


 Semua excited nak makan makanan Padang :)


Teman-teman dari ASPPI dan para blogger, travel agent dan media dari Malaysia dan Indonesia.

Selesai makan tengah hari di Rumah Makan Muaro Baru, kami dibawa ke Pantai Pasir Jambak yang berada berdekatan dengan Rumah Makan tadi. Turun saja bas kami perlu berjalan kaki sikit untuk ke tepi pantai disebabkan pintu masuk laluan yang agak sempit dan bas tak muat nak masuk. Tapi okay je, takde la jauh sangat nak jalan. Sambil-sambil bakar kalori makan tadi kan. 


Berjalan kaki untuk ke tepi pantai Pasir Jambak :)


Waktu kami disini, suasana sangat tenang dan aman. Tak ramai manusia yang ada cuma kami je satu rombongan dan beberapa orang tempatan yang mengambil angin pantai disini. Tak ramai orang mungkin disebabkan waktu tersebut orang ramai masih lagi di pejabat dan di sekolah, dan waktu pun tengah hari jadi tak ada siapa yang nak berpanasan tepi pantai, kecuali kami. Hehe. Teman-teman ASPPI kata, waktu petang dan hujung minggu memang ramai orang datang kesini untuk beriadah. 


Kat Pantai Pasir Jambak ni, pokok-pokok disini tersusun cantik dan memberi suasana redup tepi laut. Sesuai kalau nak ambil gambar dan berangan macam tengah shoot drama Winter Sonata cuma nya takde snow la kat sini hahaha.

#kasicannnn



Seterusnya, kami dibawa menunaikan solat di Masjid Raya Sumatera Barat. Subhanallah Maha Suci Allah yang menggerakkan akal dan jiwa manusia untuk membina masjid yang cantik ni. Kalau selalu kita tengok masjid mesti ada kubah kan? Tapi Masjid Raya Sumatera Barat ni ataupun nama lainnya Masjid Mahligai Minang, tak memiliki kubah pun ! Masjid ni direka dengan ciri-ciri khas budaya Minangkabau pada atapnya. Dan ada juga yang mengatakan atap bangunan masjid ni menggambarkan bentuk kain yang dibentang yang digunakan untuk mengusung batu hajar aswad sewaktu empat kabilah suku kaum Quraisy di Mekah yang bertelagah tentang siapa yang berhak memindahkan batu tersebut ke tempat asalnya. Kan Nabi Muhammad SAW bagi idea supaya batu Hajarul Aswad tu diletak di atas selembar kain dan empat kabilah yang bertelagah tadi disuruh pegang setiap penjuru kan? Macam tu lah ceritanya yang dikatakan seni atap ni diambil daripada kisah zaman Nabi Muhammad SAW dahulu. Apa-apa pun, seni arkitektur Masjid Raya Sumatera Barat ni memang sangat unik dan penuh dengan ciri budaya masyarakat Minang. 


Perhatikan seni bina luaran Masjid ni. Terukir nama Allah dan puji-pujian buatNya. Allahuakbar.


Masjid ni ada 3 lantai (3 tingkat) kesemuanya. Tingkat bawah adalah tempat mengambil wudhu'. Masa lawatan kami ke masjid ni, ia masih dalam proses renovasi jadi cuma tingkat bawah dan tingkat dua sahaja dibuka. Keseluruhan masjid ni dijangka siap untuk menerima kunjungan ramai pada bulan Januari 2019, insyaAllah.

Seterusnya kami dibawa city tour di sekitar Kota Padang. Antara tempat-tempat yang dibawa seperti di Sungai Batang Arau, Jambatan Siti Nurbaya, Pelabuhan Teluk Bayur dan seterusnya ke Pantai Aie Manih.



Di Pantai Aie Manih ni terletaknya batu legenda Malin Kundang. Legenda tersebut menceritakan kisah seorang anak yang derhaka terhadap ibunya dan ibunya terlampau sedih lalu menyumpah Malin menjadi batu. Bila dia dah berjaya, dia lupakan ibunya di kampung. Lebih kurang sama ceritanya dengan Kisah Si Tanggang yang popular di Malaysia :)

Dari kawasan parkir bas, kami perlu jalan selama lebih kurang 15 minit untuk ke Batu Malin Kundang tersebut. Ramai je orang tempatan offer untuk naik ATV (1 jam @ IDR 50.000, dalam RM 15 duit kita) tapi kami memilih untuk berjalan kaki sahaja.


Batu legenda Malin Kundang yang terbentuk seperti seorang manusia yang sedang bersujud memohon ampun.



Selesai di Pantai Aie Manih, kami bergerak pula menuju ke Hotel Deivan. Nasib kami baik sebab waktu dalam perjalanan tu, matahari baru je nak berlabuh jadi kami dapat melihat keindahan sunset walaupun hanya dalam bas hehe.


Melalui Jambatan Siti Nurbaya sewaktu senja :)

Selesai check in, solat dan berehat sebentar di bilik hotel, kami dibawa menikmati makan malam dan menyaksikan persembahan masyarakat Minang. Kawasan ini diberi nama Pusat Budaya Desa Wisata Kampung Limau Manis. Sampai je kami di pusat budaya tersebut, kami disambut dengan persembahan silat dan acara pemakaian 'tanjak'. 


Sajian makanan Padang yang sangat sedap. Teringat-ingat kuah gulai di sana, lamakkk banaaa *cap jempol*


Kami turut disajikan dengan persembahan Tarian Puteri Bongsu oleh adik-adik ni. Walaupun mereka hanya berumur 16 tahun ke atas, tapi gaya tarian dan mimik muka yang di pamerkan sangat profesional, tak padan dengan usia !


Selesai malam pertama kami di Padang. 

Seterusnya, esok kemana pula? :)



Comments

Popular posts from this blog

786 !